Cerita tepi kubur ni masa tahun 1998.Masa aku baru habis sekolah menengah.Kubur yg aku nak cerita ni kubur kawan baik aku sendiri yg meninggal sebab kemalangan motorsikal.Cerita dia bermula mcm ni.Petang tu,aku baru selesai basuh motor kesayangan aku.Baru je beli.Tu pun bapak yg beli.Guna untuk cari kerja.Lepas aku selesai cuci motor,niat dalam hati nak pergi melawat kubur arwah ni.Lewat jugak la masa tu.Dah nak dekat pukul 6.30 petang.Aku tak nak tangguh lagi pergi kubur arwah sebab dah banyak kali niat nak pergi.Lebih kurang pukul 6.30 petang,aku pun gerak dari rumah menghala ke ayer hitam puchong.Kubur kat sana betul2 atas bukit.Aku ingat nak parking je kat bawah bukit tu.Rasa malas pulak sebab nak naik ke atas.Aku pun terus bawak motor terus sampai atas.Sampai je dekat atas,aku pun cari batu nisan nama arwah.Dalam 5 minit,baru aku jumpa.Merah lagi kubur dia.Aku pun duduk bersila kat tepi kubur arwah.Sambil tu,aku sedekahkan Al-fatihah.Lepas habis aku baca Al-fatihah,aku boleh berborak pulak mcm arwah ni ada dekat situ dengan aku.Arwah ni memang kawan baik aku sejak dari tahun 1992.Dia la kawan pertama aku dekat puchong ni.Sejak tu,aku pergi mana2,dia mesti ada.Nak dijadikan cerita,masa hari terakhir SPM,aku ada bercakap dengan arwah.'Atan,nanti ko boleh tolong aku belikan air kat luar sekolah tak?ko ada motor.Senang sikit nak pergi'.Aku pun hulur duit dekat arwah.Lepas 10 minit,dia sampai.'Zam,duit ko bagi tak cukup la.pakai duit aku dulu.'Aku pun cakap dengan arwah.'Atan,nanti aku bayar balik masa balik puchong.Macam la aku tak jumpa ko lagi.'Sebelum arwah balik ke puchong,dia ada cakap,'dalam 2 hari ni,aku akan call ko.kita pergi cari kerja sama sama.'Aku pun anggukkan kepala.Lepas 2 hari,jatuh hari jumaat,mak aku kejut aku dari tidur.Dia cakap kawan telefon.Aku mamai lagi masa tu.Kawan aku yg call tu kawan sekolah jugak,bukan arwah yg call.Dengan suara yg perlahan,dia cakap,'zam,atan dah tak ada'.Aku pun balas balik.'Mana aku tau atan pergi mana.Dia cakap nak call aku hari ni.Nak pergi cari kerja sama sama.'.Kawan aku ni pun terus cakap,atan baru je kemalangan masa balik rumah.Aku terkejut.Telefon rumah yg aku pegang,terlepas jatuh ke lantai.Aku jadi mcm tak normal hari tu.Kawan aku cakap,kalau sempat,ko pergi la tengok sebelum arwah kebumi petang nanti.Aku tak pergi.Aku tak boleh kawal perasaan aku hari tu.Lepas 7 hari,baru aku kuatkan diri pergi melawat mak arwah.Sayu hati aku tengok mak arwah yg jadi kurus sebab rindukan arwah.Aku cakap,banyakkan bersabar mak cik.Ada hikmah di sebalik kejadian ni.Mulai hari tu,mak arwah pesan,adik beradik yg lain tak dibenarkan bawak motor lagi.Mungkin mak arwah dah fobia dengan apa yg dah jadi.Bersambung cerita yg aku dekat kubur tadi.Jam dah dekat pukul 7.15.Dah nak maghrib.Aku cakap dengan arwah,'Atan,aku balik dulu ya.Insya Allah,aku akan datang lagi.'Tengah aku nak bersiap balik,ada 3-4 budak lalu dekat tepi kubur tu.Nak pergi mengaji kot.Tiba2,budak budak tu menjerit,HANTU!!!!!!!!!....dalam hati aku cakap,aku manusia la.Bukan hantu.Mungkin budak budak tu nampak aku kat atas bukit tu,diaorang ingat hantu atau......memang diaorang nampak.Cuma aku je yg tak nampak.Dah nak mahgrib kan.Masa 2-3 langkah aku bangun,angin kuat tiba tiba.Aku dah tau kenapa.Mungkin arwah suruh aku balik.Tak elok mahgrib2 duduk kat kubur.Aku pun tak nak toleh belakang lagi,terus tekan minyak motor.Sedar tak sedar,dah 15 tahun arwah tinggalkan aku......
No comments:
Post a Comment